Bangkai penyu disangka pelepah kelapa

Iklan
Mohd Jamal bergambar bersama bangkai penyu yang ditemui di persisi Pantai Puteri, Tanjung Kling.

MELAKA - Dua kaki pancing tidak menyangka objek disangka pelepah kelapa rupanya bangkai penyu yang terdampar di pesisir Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini, pada petang Rabu.

Mohd Jamal Abdullah, 42,yang juga kakitangan kerajaan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu dia dan seorang rakannya sedang mencari lokasi memancing sebelum terlihat bangkai haiwan itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sering memancing di kawasan tersebut namun jarang berlaku penemuan atau pendaratan haiwan marin itu di kawasan pantai perkelahan tersebut dan menyifatkan satu pengalaman berharga.

"Cuma sedihnya sebab penyu yang ditemui ini telah mati. Kalau betul kawasan ini menjadi tempat pendaratan penyu, jabatan berkenaan perlu melakukan sesuatu.

Iklan

"Sayang sebab penyu merupakan khazanah negara yang tak ternilai harganya, lebih-lebih lagi haiwan yang dilindungi ini semakin pupus," katanya kepada Sinar Harian di sini, pada Khamis.

Susulan penemuan itu, dia dan rakannya tidak melepaskan peluang mengambil gambar bersama bangkai penyu tersebut kearna insiden seperti itu jarang ditemui sebelum memuat naik di media sosial, Facebook.

Iklan

Ujarnya, namun selepas memuat naik gambar berkenaan ramai rakan-rakan memberi komen positif dan mereka juga terkejut mendapat tahu bangkai penyu ditemui di pantai popular itu.

"Kalau lihat dari bentuknya saya yakin penyu berkenaan dipercayai baru mati memandangkan keadaannya belum nampak mereput termasuk bahagian kaki," katanya lagi.

Sementara itu, Sinar Harian sedang mendapatkan maklum balas daripada Jabatan Perikanan Melaka berhubung penemuan itu.