Lebih 3,000 bot dijangka sertai musim candat sotong Terengganu
Iklan
Lebih 3,000 bot dijangka memeriahkan perairan Terengganu sempena Musim Candat Sotong yang bermula April lalu dan akan berlangsung sehingga Ogos ini. Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU - Lebih 3,000 bot dijangka memeriahkan perairan Terengganu sempena Musim Candat Sotong yang bermula April lalu dan akan berlangsung sehingga Ogos ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, aktiviti tahunan itu dijangka menjana pulangan ekonomi melebihi RM7.5 juta kepada pengusaha bot, nelayan, pengusaha inap desa serta industri makanan laut.
Iklan
Iklan
"Musim candat sotong merupakan antara produk pelancongan marin Terengganu yang dinanti-nantikan bukan sahaja oleh pelancong tempatan, malah dari luar negara termasuk Singapura, Filipina, Thailand dan China,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media prapelancaran Program Musim Candat Sotong Terengganu 2025 di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.
Iklan
Menurutnya pelancaran rasmi program itu akan diadakan pada 9 Mei ini, pukul 3.15 petang di Jeti Pelancongan Marang dengan tema Pakat Maghi Candat Sotong.
"Selain itu, Karnival Pakat Maghi Candat Sotong turut akan diadakan pada 8 hingga 11 Mei di jeti sama bagi memeriahkan penganjuran pesta ini,” katanya.
Sementara itu, Razali berkata, kerajaan negeri kini dalam usaha mendapatkan permit khas daripada Jabatan Perikanan (DOF) bagi membolehkan lebih 3,000 nelayan yang tiada lesen perikanan rekreasi menyertai musim candat kali ini.
Iklan
Beliau berkata rundingan bersama DOF, Jabatan Laut Malaysia dan beberapa agensi berkaitan sudah dimulakan sejak tahun lalu, bagi memastikan nelayan kecil dan pesisir pantai tidak terpinggir daripada peluang menjana pendapatan.
"Bagaimanapun, beberapa perkara masih dalam perbincangan seperti perlindungan insurans, aspek keselamatan pelancong dan bot serta syarat kelulusan permit khas itu," katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan ADUN wakil parti Gerakan dibuat hari pertama Sidang DUN - Ahmad Samsuri"><meta itemprop="description" content="Proses pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan mewakili kaum Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan dilaksanakan pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 16 November ini.
​Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi membolehkan wakil tersebut mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan belanjawan kerajaan negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804122/edisi/terengganu/pelantikan-adun-wakil-parti-gerakan-dibuat-hari-pertama-sidang-dun---ahmad-samsuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUN #Gerakan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-11T08:47:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gqMrA1gz2kLJ7XcK6/x1080"><meta itemprop="duration" content="P70S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvp4cq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvp4cq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvp4cq"></script>