Cikgu didakwa cabul murid lelaki dalam bilik hotel

Iklan
Seorang guru sekolah rendah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang murid lelaki berusia 11 tahun, dua tahun lalu. Gambar hiasan.

SEREMBAN - Seorang guru sekolah rendah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang murid lelaki berusia 11 tahun, dua tahun lalu.

Tertuduh, Abdul Halim Ismail, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Hazeelia Muhammad selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Iklan
Iklan

Mengikut kedua-dua pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki 11 tahun (ketika kejadian).

Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 10 malam, pada 28 dan 29 Jun 2023 di sebuah hotel di Port Dickson.

Iklan

Sehubungan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan- Kesalahan Seksual Terhadap Kanak- Kanak 2017 (Akta 792) dan dibaca bersama di bawah Seksyen 16(1) akta sama.

Jika disabitkan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Iklan

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 16(1) Akta 792, boleh dihukum penjara selama tempoh tidak lebih separuh daripada tempoh maksimum hukuman penjara bagi kesalahan yang dicuba dan boleh dikenakan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni tidak menawarkan sebarang jaminan, namun jika budi bicara mahkamah mahu memberikan jaminan, beliau mencadangkan jumlah yang tinggi.

Norazihah turut memaklumkan tertuduh berdepan pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak sama di Mahkamah Sesyen di Raub, Pahang; Ipoh, Perak dan Melaka sejak 2023.

Peguam, Aliff Aiman Rusli memohon mahkamah membenarkan jaminan terhadap anak guamnya yang kini telah digantung tugas sebagai penjawat awam dan tiada pendapatan sejak 2023.

Katanya, tertuduh belum berumah tangga dan menanggung bapa berusia 78 tahun.

Beliau mencadangkan jaminan RM5,000 bagi keseluruhan kes.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berdekatan kediaman setiap bulan, menyerahkan pasport serta tidak menganggu mangsa dan saksi.

Mahkamah menetapkan tarikh 9 Jun depan untuk sebutan semula.

.