TAPAH - Menyertai aliran program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) membuka lembaran baharu kepada seorang bekas pelajar tahfi z untuk terus berjaya sekali gus bergelar tenaga pengajar di Northwestern Institute Of Advanced Technical Skills (NIATS) di Seri Manjung.
Muhamad Amjad Mohamad Zamri, 29, berkata, tidak pernah terlintas dihatinya untuk menyertai bidang berbentuk kemahiran selepas lima tahun mendalami ilmu agama.
"Apabila menghadiri temuduga kerja, majikan akan minta Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi saya tidak ada. Saya seperti tiada harapan.
"Bagaimanapun, dorongan daripada kedua ibu bapa untuk belajar kemahiran menyebabkan saya mula mencari hebahan di media sosial mengenai TVET dan memilih bidang kimpalan berikutan ayah turut melakukan pekerjaan sama," katanya ketika ditemui pada program Jelajah AIM TVET bersama Cikgu Saarani di Kompleks Sukan Tapah, di sini, baru-baru ini.

MUHAMAD AMJAD