Kutipan fi bantu Pusat Ikan Hiasan rancak pemeliharaan hidupan laut

Iklan
Pusat Ikan Hiasan Port Dickson di bawah Jabatan Perikanan berfungsi sebagai pusat pembenihan ikan, penyu serta dibuka kepada pengunjung.

PORT DICKSON - Pusat Ikan Hiasan akan mengenakan bayaran tiket masuk kepada pengunjung bagi membolehkan kutipan itu digunakan untuk pembiayaan dan naik taraf bangunan berkenaan.

Exco Kanan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, dana tersebut juga dapat membantu program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan meneruskan operasi pembenihan ikan serta aktiviti pemeliharaan hidupan laut di daerah itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, secara dasar kerajaan negeri bersetuju cadangan tersebut yang perbincangan lanjut ke arah itu masih diteruskan.

"Pusat Ikan Hiasan ini memerlukan pembiayaan bagi tujuan tersebut. Saya telah cadangan kepada Jabatan Perikanan untuk menyediakan satu kertas kerja mengenakan caj tertentu kepada pengunjung.

Iklan

"Kita masih menunggu kertas kerja tersebut dan selepas itu akan dibincangkan secara lanjut dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)," katanya pada Selasa.

Katanya, ketika ini pusat tersebut masih boleh dikunjungi secara percuma kepada pengunjung.

Iklan

"Secara dasar kerajaan negeri bersetuju cuma disebabkan pengurusan pusat ini di bawah Persekutuan jadi kita perlu tahu proses ke arah pelaksanaan caj tersebut dan ini yang sedang diselesaikan.

"Kadar tersebut belum ditentukan, namun sudah tentu yang paling minimum dan boleh dibiayai. Selain itu, bukan semua pengunjung dikenakan caj," katanya.

November tahun lalu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mencadangkan supaya Pusat Ikan Hiasan Port Dickson dan Muzium Tentera Darat dikenakan bayaran tiket masuk berpatutan bagi membantu menampung kos penyelenggaraan dan berkaitan di pusat pelancongan berkenaan.

Kedua-dua lokasi menjadi antara tarikan di Port Dickson dan mencatatkan kunjungan sebanyak 154,074 dan 201,113 individu pada tahun lalu.