Cinta tak direstui keluarga, wanita pukul dan kurung teman lelaki hingga maut

Iklan
Wanita dipercayai memukul dan mengurung teman lelaki hingga maut ditahan pihak berkuasa.

JAWA BARAT – Seorang pelajar perempuan dari Kabupaten Majalengka, Jawa Barat ditahan polis disyaki mendera teman lelakinya, VR, 23, hingga mati.

Ketua Polis Daerah Majalengka, AKBP Willy Andrian berkata, insiden itu berlaku pada 30 April lalu sekitar jam 3 petang di rumah suspek di Blok Tiga, Desa Lengkong Wetan, Kecamatan Sindangwangi, Majalengka.

Iklan
Iklan

Menurutnya, motif suspek yang berusia 21 tahun itu adalah kerana marah disebabkan cintanya tidak direstui keluarga mangsa.

"Pada awalnya, mangsa meminta suspek menghantarnya pulang ke rumah ibu bapanya. Permintaan itu membuatkan suspek berang kerana hubungan mereka tidak direstui ibu bapa mangsa," katanya.

Iklan

Ujar Willy, suspek yang merupakan pelajar sebuah kolej di Majalengka berasa terhina dan marah apabila mendengar nama ibu bapa mangsa disebut.

"Bukan itu sahaja, malah mangsa juga tidak diberikan bantuan perubatan dan dikurung dalam bilik selama tiga hari. Suspek turut mengunci bilik dan meninggalkan mangsa dalam keadaan lemah sehingga dijumpai meninggal dunia pada Sabtu lalu.

Iklan

"Suspek kemudiannya menyimpan mayat mangsa di dalam bonet keretanya jenis Toyota Agya berwarna putih. Pada Ahad, suspek membawa mayat ke Hospital Daerah Majalengka dan petugas hospital mendapati mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Menurut Willy, polis segera mengambil tindakan menangkap suspek selepas menerima laporan daripada bapa mangsa, Tata Juara, 60.

Suspek boleh didakwa di bawah Pasal 338 KUHP tentang pembunuhan atau Pasal 351 ayat (3) KUHP tentang penyerangan yang mengakibatkan kematian, dengan hukuman penjara paling lama 15 tahun jika didapati bersalah.