Lapangan terbang di Kashmir ditutup, UAE gesa India-Pakistan bertenang

Iklan
Pegawai pasukan keselamatan berkumpul di luar sebuah bangunan yang rosak dipercayai akibat serangan peluru berpandu India berhampiran Muzaffarabad, ibu kota wilayah Kashmir yang ditadbir Pakistan, pada Rabu. - AP

SRINAGAR – Beberapa lapangan terbang utama di wilayah Kashmir dan utara India ditutup kepada orang awam susulan ketegangan yang memuncak antara India dan Pakistan, lapor media tempatan pada Rabu.

Menurut penyiar NDTV, Lapangan Terbang Srinagar di Kashmir yang ditadbir India telah ditutup sementara, manakala beberapa syarikat penerbangan utama turut mengesahkan gangguan operasi akibat perubahan ruang udara.

Iklan
Iklan

Syarikat IndiGo memaklumkan bahawa operasi penerbangan di Srinagar, Leh, Amritsar, Chandigarh, Bikaner dan Dharamshala turut terjejas.

Dalam satu kenyataan berasingan, SpiceJet turut mengesahkan bahawa penutupan lapangan terbang di beberapa lokasi di utara India dilakukan"berikutan situasi semasa.”

Iklan

Sementara itu, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyeru kedua-dua negara agar segera meredakan ketegangan.

Menteri Luar UAE, Sheikh Abdullah bin Zayed berkata, pihaknya menyeru India dan Pakistan agar"mengamalkan sikap berhemah, mengelakkan peningkatan konflik serta memberi keutamaan kepada dialog.”

Iklan

"Diplomasi dan rundingan merupakan jalan paling berkesan untuk menyelesaikan krisis dan menjamin keamanan serta kestabilan jangka panjang,” menurut kenyataan rasmi beliau.