MAIDAM rai pemenang Kempen Ramadan, e-Amil terbaik

Iklan
Seramai 48 individu diraikan sempena Majlis Penyerahan Hadiah Kempen Ramadan 1446H: Gandakan Kasih Sayang dan Anugerah e-Amil Terbaik, baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) meraikan seramai 48 individu sempena Majlis Penyerahan Hadiah Kempen Ramadan 1446H: Gandakan Kasih Sayang dan Anugerah e-Amil Terbaik, baru-baru ini.

Majlis itu menyaksikan seramai 40 pemenang menerima hadiah cabutan bertuah dan lapan penerima Anugerah e-Amil Terbaik sebagai penghargaan atas komitmen mereka dalam menunaikan zakat melalui platform digital MAIDAM sepanjang Ramadan.

Iklan
Iklan

Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Datuk Dr Ahmad Azrin Adnan yang turut dihadiri pegawai-pegawai kanan agensi berkenaan.

MAIDAM dalam kenyataan pada Selasa menjelaskan, penghargaan itu sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang bukan sahaja membayar zakat malah turut menggalakkan orang ramai menunaikan kewajipan tersebut secara dalam talian.

Iklan

"Usaha ini dapat memperkukuhkan jaringan kebajikan kepada asnaf serta memartabatkan institusi zakat di negeri ini.

"Ia turut menjadi platform menghargai sokongan masyarakat kepada program kebajikan MAIDAM serta memperkukuh hubungan antara institusi dan rakyat," katanya.

Iklan