Taman Tema Genting SkyWorlds tawar harga tiket serendah RM36

Iklan
Studio Plaza Taman Tema Genting SkyWorlds. Foto: Genting Skyworlds.

SHAH ALAM - Taman Tema Genting SkyWorlds menawarkan harga tiket serendah RM36 buat pengunjung bermula dari 8 Februari hingga 31 Ogos depan sempena Jubli Intan Resorts World Genting (RWG).

Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam RWG, Spencer Lee berkata, tiket Standard 1-Hari ditawarkan serendah RM36 iaitu harga asal RM84, khusus buat rakyat Pahang yang layak mengikut kod negeri 06, 32, dan 33 pada kad pengenalan.

Iklan
Iklan

Selain itu, menurutnya, warganegara Malaysia boleh membeli tiket hanya RM60 (harga asal RM164) dengan bukti kad pengenalan, manakala bukan warganegara RM120 (harga asal RM198) melalui tempahan dalam talian.

"Kami amat berbesar hati untuk menawarkan harga tiket eksklusif ini kepada pengunjung baharu dan peminat setia agar mereka merasai sendiri keunikan taman tema bertaraf antarabangsa yang telah merangkul pelbagai anugerah.

Iklan

"Tawaran istimewa ini adalah tanda penghargaan kami di atas sokongan berterusan dan kesetiaan pengunjung selama 60 tahun," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Taman Tema Genting SkyWorlds yang mendapat sambutan hangat daripada penduduk tempatan dan pelancong asing mencatatkan kejayaan besar sejak penubuhannya dengan meraih pelbagai penghargaan berprestij.

Iklan

Antara penghargaan diterima termasuk Anugerah Kuda Emas Persatuan Taman Tema dan Tarikan Keluarga Malaysia (MATFA) 2023, Anugerah HAPA Malaysia Siri 2023/2024, Anugerah Pilihan Ibu Bapa 2024 dan banyak lagi.

Spencer turut memaklumkan, Taman Tema Genting SkyWorlds menawarkan pakej 'team building' dan hari keluarga yang sesuai untuk memupuk kerjasama dan mengeratkan hubungan antara rakan sekerja pada ketinggian 6,000 kaki dari paras laut.

Tambahnya, taman tema berkenaan juga menyediakan pakej ekolah yang baru diperkenalkan dan kini boleh ditempah untuk kumpulan pelajar.

"Pakej 'Team Building' Genting SkyWorlds memberikan peluang kepada peserta menikmati pengalaman menyeronokkan melalui aktiviti yang disusun khas termasuk tiket hari standard, kredit makanan dan minuman (F&B) bernilai RM50 serta barangan edisi terhad yang mana kesemuanya semuanya RM240 sahaja setiap seorang.

"Sementara itu, pakej hari keluarga dan sekolah menawarkan tiket Hari Standard bersama kredit F&B RM50 bernilai RM180 setiap seorang.

"Pakej promosi sah hingga 31 Disember tahun ini kecuali malam sebelum cuti umum atau cuti umum dengan tempahan minimum 50 orang bagi setiap kumpulan, tertakluk kepada terma dan syarat," ujarnya lagi.