TH sedia bantu jika jemaah haji kehilangan Kad Nusuk

Iklan
Kad Nusuk berfungsi sebagai dokumen rasmi pengenalan diri jemaah haji yang diperkenalkan tiga tahun lepas. Ia membantu memudahkan jemaah haji dari seluruh dunia untuk memasuki Masjidil Haram di Makkah, Masjid Nabawi di Madinah serta tempat-tempat ibadah haji lain ketika mengerjakan Rukun Islam kelima itu.

MAKKAH – Lembaga Tabung Haji (TH) bersedia membantu jemaah haji Malaysia yang kehilangan Kad Nusuk dengan mengeluarkan kad pengenalan sementara serta salinan visa haji.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun berkata, langkah itu bertujuan memastikan jemaah dapat menggunakannya sama ada ketika ke masjid ataupun semasa berada di luar kawasan hotel atau maktab.

Iklan
Iklan

Kad Nusuk perlu dipakai jemaah pada setiap masa.

Menurutnya, jemaah perlu segera memaklumkan kepada petugas TH sekiranya berlaku kehilangan Kad Nusuk supaya pihak itu boleh menguruskan penggantian kad baharu.

Iklan

"Dalam tempoh menunggu kad baharu, pihak TH akan mengeluarkan dokumen pengenalan diri sementara seperti salinan visa haji yang boleh dibawa bersama ketika ke masjid atau keluar dari kawasan penginapan.

"Hanya jemaah yang memiliki visa haji sah dibenarkan memasuki kawasan Makkah dan Masjidil Haram dengan pemeriksaan akan dilakukan oleh pihak berkuasa Arab Saudi di beberapa pos kawalan yang ditetapkan,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Tabung Haji (TH) di sini.

Iklan

Tabung Haji bersedia membantu jemaah haji Malaysia yang kehilangan Kad Nusuk dengan mengeluarkan kad pengenalan sementara serta salinan visa haji.

Beliau dalam pada itu mengingatkan jemaah haji untuk sentiasa membawa Kad Nusuk ke mana sahaja, mereka berasa terutamanya semasa keluar dari kawasan penginapan atau ketika menuju ke Masjidil Haram.

Terdahulu, Mohd Hisham berkata, Malaysia menjadi negara pertama yang berjaya mengedarkan Kad Nusuk kepada jemaah haji di tanah air, iaitu seawal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hasil kerjasama antara Tabung Haji, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi serta syarikat pengendali Al-Mashariq.

Mohd Hisham (tengah) ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Tabung Haji di Makkah.

"Bagi jemaah yang belum menerima kad ini, jangan bimbang kerana kad Nusuk akan diedarkan di Makkah setelah selesai proses pencetakan. Tabung Haji dan pihak Al-Mashariq kini sedang mengenal pasti jemaah yang masih belum menerimanya,” katanya.

Kad Nusuk berfungsi sebagai dokumen rasmi pengenalan diri jemaah haji yang diperkenalkan tiga tahun lepas.

Ia membantu memudahkan jemaah haji dari seluruh dunia untuk memasuki Masjidil Haram di Makkah, Masjid Nabawi di Madinah serta tempat-tempat ibadah haji lain ketika mengerjakan Rukun Islam kelima itu.