Akta Pekerja Gig 2025: Melindungi tenaga kerja era baharu

Iklan

Perubahan dunia pekerjaan hari ini tidak lagi terikat kepada konsep bekerja mengikut jadual tetap dan lokasi tertentu. Kemajuan teknologi serta perkembangan ekonomi digital telah melahirkan satu bentuk pekerjaan baharu yang lebih fleksibel dikenali sebagai ekonomi gig.

Iklan
Iklan

Melalui platform digital dan kemahiran tersendiri, semakin ramai individu memilih pekerjaan gig sebagai sumber pendapatan sama ada secara sepenuh masa atau sambilan.

Ada yang menjadi pemandu e-hailing, penghantar makanan, jurufoto bebas, peniaga dalam talian, wartawan, pelakon dan penyanyi.

Iklan

Kelebihan utama pekerjaan gig ialah kebebasan mengurus masa dan memilih tugasan mengikut kemampuan sendiri.

Namun, di sebalik fleksibiliti tersebut, wujud cabaran yang memerlukan perhatian agar per kembangan sektor ini tidak hanya tertumpu kepada peluang ekonomi, tetapi turut mengambil kira aspek perlindungan dan kebajikan pekerja.

Iklan

Isu seperti bayaran yang tertangguh, akaun platform di gantung tanpa penjelasan, kontrak perkhidmatan yang kurang jelas serta kekeliruan mengenai saluran mendapatkan bantuan apabila berlaku pertikaian antara pekerja gig dan entiti kontrak sering menjadi kebimbangan dalam sektor ini.

Menyedari keperluan untuk menyediakan satu kerangka per lindungan yang lebih tersusun, Akta Pekerja Gig 2025 [Akta 872] diperkenalkan sebagai langkah memperkukuh ekosistem pekerjaan gig di Malaysia.

Akta ini bukan sekadar memberi pengiktirafan terhadap peranan pekerja gig dalam ekonomi digital, malah menyediakan mekanisme yang lebih jelas bagi memastikan hak pekerja gig dan tanggungjawab entiti kontrak dapat diseimbangkan.

Suara pekerja gig lebih didengari

Salah satu komponen penting di bawah akta ini ialah penubuhan Majlis Perundingan Gig (MPGig) yang berperanan sebagai platform perbincangan melibatkan kerajaan, wakil pekerja gig, wakil entiti kontrak serta pihak berkepentingan.

Kewujudan majlis ini mem bolehkan isu berkaitan sektor gig dibincangkan secara lebih me nyeluruh, termasuk aspek kadar pendapatan minimum, formula serta standard minimum berdasarkan jenis pekerjaan, sektor dan kawasan.

Lebih daripada itu, MPGig menjadi ruang dialog bagi mengangkat suara pekerja gig supaya pandangan dan pengalaman mereka dapat diambil kira dalam pembentukan dasar berkaitan industri berkenaan.

Penyelesaian pertikaian lebih mudah dan teratur

Dalam mana-mana hubungan pekerjaan, pertikaian boleh berlaku. Apa yang penting ialah ke- wujudan saluran yang jelas untuk menyelesaikan isu tersebut secara adil.

Bagi pekerja gig yang berdepan isu, tindakan pertama ialah berbincang melalui Mekanisme Kilanan Dalaman bersama entiti kontrak.

Sekiranya masih tiada pe nyelesaian, saluran aduan KESUMA di pautan https://eaduan-gig.mohr.gov. my/, email: gigkesuma@mohr.gov. my atau hadir ke mana-mana jabatan dan agensi di bawah KESUMA selaras dengan konsep No Wrong Door Policy.

Sekiranya rundingan tersebut tidak mencapai penyelesaian atau keputusan yang diberikan tidak memuaskan, aduan boleh di kemukakan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) untuk tindakan lanjut.

Antara isu yang boleh dikemukakan termasuk masalah bayaran atau pendapatan yang tidak diterima, akaun platform digantung atau disekat, isu kontrak perkhidmatan, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, perlindungan keselamatan sosial serta ketidakpatuhan terhadap keputusan Tribunal Pekerja Gig.

Mana-mana kes yang tidak berjaya mencapai penyelesaian, akan dirujuk oleh pendamai kepada Tribunal Pekerja Gig Melalui Tribunal Pekerja Gig, pekerja gig dan entiti kontrak mempunyai satu mekanisme penyelesaian alternatif sekiranya rundingan tidak berjaya mencapai persetujuan di peringkat pendamaian.

Tribunal ini memberi ruang kepada kedua-dua pihak men dapatkan keputusan berkaitan pertikaian pekerjaan gig melalui proses yang lebih mudah, cepat dan kos efektif tanpa bergantung sepenuhnya kepada proses mahkamah yang panjang.

Kewujudan tribunal ini juga memberi keyakinan kepada pekerja gig bahawa sebarang isu yang berlaku mempunyai saluran penyelesaian yang khusus.

Membina masa depan ekonomi gig yang lebih mampan

Ekonomi gig akan terus berkembang seiring perubahan teknologi dan keperluan pasaran kerja masa kini.

Fleksibiliti yang ditawarkan menjadikan sektor ini pilihan kepada ramai individu, namun pertumbuhan tersebut perlu disokong dengan perlindungan yang mencukupi.

Melalui Akta Pekerja Gig 2025, pekerja gig kini mempunyai kerangka yang lebih jelas untuk memahami hak mereka, manakala entiti kontrak pula mempunyai panduan me ngenai tanggungjawab yang perlu dipenuhi.

Hakikatnya, kejayaan ekonomi gig bukan hanya diukur berdasarkan jumlah peluang pekerjaan yang diwujudkan, tetapi juga sejauh mana sektor ini mampu membina keyakinan, keadilan dan perlindungan kepada semua pihak yang terlibat.