Tengku Mahkota Kelantan dilantik Pro-Canselor UMK
Iklan
Tengku Muhammad Fakhry Petra (tengah) selesai menyempurnakan Majlis Ijazah Pemasyuran Pro-Canselor dan Konvokesyen UMK ke-14.
BACHOK - Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sempena Majlis Ijazah Pemasyuran Pro-Canselor dan Konvokesyen UMK ke-14.
Watikah pemasyuran dipersembahkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan turut disaksikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Baginda ketika titah ucapan menegaskan, pendekatan pengajian di UMK wajar berorientasikan pembelajaran abad ke-21 dengan mengambil kira elemen berorientasikan gaya hidup digital, penguasaan teknologi, peralatan dan perkhidmatan digital serta cara kerja berasaskan pengetahuan.
"Beta sentiasa memantau perkembangan serta pencapaian UMK sama ada pada peringkat nasional atau antarabangsa sepanjang tahun lalu.
"Pada era globalisasi kita sedang menyaksikan perubahan kehidupan dalam konteks bekerja, komunikasi atau mengakses maklumat," titah baginda.
Tengku Muhammad Fakhry Petra juga bertitah, UMK perlu menilai semula keseluruhan ekosistem universiti itu bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.
"Penilaian berkenaan turut merangkumi kurikulum kaedah pembelajaran yang lebih relevan, program pengajian serta aktiviti penyelidikan," titah baginda lagi.
Tengku Muhammad Fakhry Petra juga berpendapat cabaran getir bakal dilalui oleh warga universiti berkenaan untuk terus kekal berdaya saing, relevan dan mampu melahirkan graduan yang memenuhi keperluan semasa.
Sementara itu, Naib Canselor UMK, Profesor Dr Arham Abdullah dalam ucapannya berkata, universiti itu mencipta sejarah tersendiri apabila berada di tempat kelima dalam seluruh universiti melalui interdisiplin sains
"Kadar bekerja graduan mencapai sehingga 97.2 peratus manakala kadar kebolehpasaran graduan ialah 96.7 peratus," katanya.
Pada ucapan sama, beliau mahu graduan UMK menjadi contoh dan sentiasa bersedia menyumbang secara langsung dalam usaha mengangkat taraf hidup masyarakat.
Dalam tempoh 18 tahun UMK, seramai 23,677 graduan lepasan universiti itu mampu bersaing dalam pekerjaan.
Seramai 123 graduan menerima ijazah mereka pada sidang pertama konvokesyen membabitkan 53 ijazah doktor falsafah dan 44 dalam ijazah mod penyelidikan.
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.