KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya kepada mana-mana pautan yang mendakwa sebagai laman web kerajaan kecuali alamatnya berakhir dengan".gov.my."
"Scammer (sindiket penipuan) sedang menyebarkan pautan palsu yang kononnya membolehkan anda menyemak status STR (Sumbangan Tunai Rahmah) menerusi laman web meragukan yang dihantar melalui WhatsApp dan platform media sosial lain.