Jasad dua beradik lemas dihanyut sejauh 35 kilometer
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Ahad yang menyiarkan kejadian dua beradik dikhuatiri lemas di Sungai Kilat di Kampung Lubok Kawah petang Sabtu.
KUALA KRAI - Dua beradik Orang Asli yang hilang di Sungai Kilat di Kampung Lubok Kawah petang Sabtu ditemukan lemas di dua lokasi berbeza pada Isnin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Durian, Pegawai Bomba Tinggi (PBT) II Zulhilmi Baharudin berkata, jasad Irruwan Rantau, 18, ditemui pada jarak 25 kilometer dari lokasi kejadian iaitu di Pengkalan Pasir Paloh Rawa, Machang kira-kira jam 8.50 pagi manakala Rahidi Rantau, 16, pula dijumpai di Pengkalan Pasir Kampung Bukit Panau, Tanah Merah jam 10 pagi pada jarak 35 kilometer.
Iklan
Iklan
"Jarak lokasi yang sangat jauh susulan faktor cuaca serta arus air deras selain hujan malam tadi (Ahad)," katanya.
Jelas beliau, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai untuk proses bedah siasat.
Iklan
Media sebelum ini melaporkan dua beradik Orang Asli dikhuatiri lemas di sungai Kampung Kilat pada Ahad.
Pasukan bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 10.21 malam dan tujuh anggota bergegas ke lokasi di kawasan pedalaman.
Iklan
Bagaimanapun operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan kerana faktor cuaca.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah'"><meta itemprop="description" content=""Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah. Biar terpaksa bangun seawal jam 5 pagi, kami sanggup daripada meredah hutan dalam kegelapan."
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SesiPersekolahan #Keretaapi #Kelantan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-11T09:29:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/Zot381fOss2ed4rQn/x120"><meta itemprop="duration" content="P217S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xjjyg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xjjyg"></script>