NEW DELHI - Kapal Tentera Laut Turkiye,"TCG Büyükada" berlabuh di Karachi, Pakistan pada Ahad dalam perjalanan ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) edisi ke-17 yang dijadual berlangsung hujung bulan ini.
Menurut hantaran Kementerian Pertahanan Turkiye di platform media sosial X, kapal itu sebelum ini menjalankan latihan laut bersama kapal pemusnah Pasukan Pertahanan Maritim Jepun,"JS Asahi" di perairan luar pantai Oman.