5 penumpang pesawat mendarat cemas dikelilingi buaya selama 36 jam

Iklan
Mereka terpaksa bertahan di atas bumbung pesawat tersebut selama sehari setengah sebelum diselamatkan. - Foto Agensi

SUCRE - Penumpang pesawat ini berdepan detik cemas seperti dalam filem aksi.

Kejadian mengerikan itu menimpa lima penumpang termasuk seorang kanak-kanak selepas pesawat dinaiki mereka mendarat cemas di hutan Amazon di Bolivia pada minggu lalu.

Iklan
Iklan

Kesemua mereka terpaksa bertahan di atas bumbung pesawat kecil itu yang mendarat di atas kawasan paya dikelilingi buaya selama 36 jam.

BBC melaporkan pesawat itu hilang dari radar selama 48 jam sebelum ia ditemui nelayan di kawasan terpencil tersebut.

Iklan

Juruterbang, Andres Belarde, 29, berkata, pesawat kendaliannya mengalami kegagalan enjin ketika dalam perjalanan dari Baures ke Trinidad dan memaksa ia mendarat berhampiran Sungai Itanomas.

"Kami hanya makan tepung ubi kayu yang dibawa salah seorang penumpang dan tidak berani mahu turun untuk meminum air kerana bimbang dibaham buaya," katanya.

Iklan

Belarde juga percaya kebocoran minyak enjin di paya itu sedikit sebanyak telah 'melindungi' mereka daripada ancaman haiwan buas termasuk anakonda yang dilihat di kawasan berhampiran.

Mereka akhirnya berjaya diselamatkan oleh sebuah helikopter dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. - Agensi