Tragedi jatuh Gunung Rinjani: 'Arwah Rennie terlepas tali keselamatan sebelum tergelincir'

Iklan
Jenazah Rennie berjaya dibawa keluar dari gaung dan diturunkan dari Gunung Rinjani pada petang Ahad. Foto: Pasukan Penyelamat TNGR

SHAH ALAM – Jenazah pendaki warga Malaysia, Rennie Abdul Ghani, 57, yang meninggal dunia selepas terjatuh semasa mendaki Gunung Rinjani di Lombok, Indonesia pada Sabtu, berjaya dibawa keluar dari gaung dan diturunkan di lokasi kejadian pada petang Ahad.

Menurut laporan Balai Taman Nasional Gunung Rinjani (BTNGR), pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa dari dasar gaung sedalam lebih kurang 80 meter.

Iklan
Iklan

"Jenazah sudah tiba di pintu gerbang Torean. Jenazah akan dibawa ke Hospital Bhayangkara Mataram untuk urusan seterusnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sebelum ini, Rennie yang juga abang ipar kepada pelakon Riezman Khuzaimi dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh di laluan Torean, Gunung Rinjani di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat pada Sabtu.

Jenazah Rennie berjaya dibawa keluar dari gaung dan diturunkan di lokasi kejadian pada petang Ahad. Foto: Pasukan Penyelamat TNGR

Iklan

Rennie memulakan pendakian melalui laluan Sembalun pada 1 Mei bersama kumpulan seramai 23 orang.

Menurut kenyataan tersebut, berdasarkan maklumat dan keterangan pemandu serta rakan mangsa, kejadian berlaku ketika kumpulan itu berhenti untuk mendapatkan air minuman di mata air Banyu Urip.

Iklan

"Namun, mangsa terus berjalan tanpa berehat. Ketua kumpulan tersebut sudah mengekori mangsa. Di laluan yang terdapat pagar tali keselamatan, ketua kumpulan itu berniat membantu mangsa melalui laluan tersebut, namun mangsa enggan.

"Ketika menuruni laluan, mangsa melepaskan pagar tali keselamatan dan tapak kakinya tergelincir menyebabkan mangsa hilang imbangan serta terjatuh ke kanan di laluan mendaki,” katanya.