Bengkel terbakar, 23 kenderaan musnah

Iklan
Antara kenderaan yang terlibat dalam kebakaran sebuah bengkel kereta dan motosikal berdekatan Lebuhraya Bukit Jalil, Bandar Puchong Jaya di sini pada Ahad.

SUBANG JAYA – Sebanyak 20 buah kereta dan tiga motosikal musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel membaiki kenderaan berdekatan Lebuhraya Bukit Jalil, Bandar Puchong Jaya di sini pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.56 pagi.

Iklan
Iklan

Kebakaran melibatkan sebuah bengkel kereta dan motosikal bangunan kelas B.

"Seramai 21 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong, dengan bantuan BBP Subang Jaya, BBP Seri Kembangan dan BBP Damansara, telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Iklan

"Pasukan bomba tiba pada jam 11.04 pagi dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah bengkel membaiki kereta dan motosikal yang terletak di dalam bangunan kelas B,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Anggota bomba sedang menjalankan pemadaman dalam kebakaran bengkel berdekatan Lebuhraya Bukit Jalil, Bandar Puchong Jaya di sini pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata, operasi pemadaman dijalankan sejurus tiba di lokasi dan semakan awal mendapati kebakaran melibatkan 20 kereta dan tiga motosikal di dalam premis berkenaan.

"Bagaimanapun kejadian tidak melibatkan sebarang mangsa, jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan," ujarnya.