KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese atas kemenangan pilihan raya penggal kedua selepas kempen yang penuh bersemangat.
Anwar menerusi hantaran Facebook berkata, keputusan yang diumumkan dalam masa yang singkat itu menandakan suatu kejayaan yang signifikan, menunjukkan suatu keputusan yang jelas dan yakin daripada rakyat Australia.