Penduduk Tawau rasai gegaran susulan gempa bumi kuat di Indonesia

Iklan
Gempa bumi kuat berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam 8.51 malam Sabtu. Foto MetMalaysia

KOTA KINABALU - Penduduk di sekitar pantai timur Sabah terutama di Tawau dan Semporna turut merasai gegaran susulan gempa bumi kuat yang berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi, Indonesia.

Gempa bumi bermagnitud 6.1 pada skala Richter itu dilaporkan berlaku pada jam 8.51 malam Sabtu.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya ada menerima makluman mengenai gegaran yang dirasai di daerah itu.

"Ada gegaran sekejap tetapi setakat ini tiada apa yang berlaku.

Iklan

"Namun pihak kita masih memantau di semua kawasan yang berisiko," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sementara itu, gegaran yang dirasai penduduk di pantai timur Sabah turut dikongsikan menerusi media sosial sejak kejadian itu berlaku.

Iklan

Sebelum itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan memaklumkan gempa bumi tersebut berlaku di 165 kilometer barat dari Gorontalo, Indonesia.

Pusat gempa itu di kedudukan 0.5 darjah Utara dan 121.6 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer (km).

Menurut kenyataan itu lagi, gegaran dirasai di Tawau, Lahad Datu dan Semporna serta kawasan sekitarnya.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami di negara ini.