Tangguh penamaan calon, beri laluan urusan pentadbiran parti - Dr Zaliha
Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung penangguhan pencalonan Pemilihan PKR 2025 bagi peringkat MPP, AMK Pusat dan Wanita Pusat.
SHAH ALAM - Penangguhan pencalonan Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025 bagi peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat dan Wanita Pusat dibuat bagi memberi laluan kepada urusan pentadbiran parti.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata, terdapat beberapa perkara penting berkaitan pentadbiran dan pelaksanaan proses pemilihan yang perlu diselesaikan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, ia termasuk urusan pengundian semula, pemuktamadan struktur jawatankuasa di peringkat cabang serta pengesahan senarai perwakilan ke Kongres Nasional.
"JPP ingin memaklumkan bahawa tarikh penamaan calon bagi pemilihan di peringkat MPP, AMK Pusat dan Wanita Pusat yang dijadualkan sebelum ini pada 3 dan 4 Mei adalah ditangguhkan ke 8 dan 9 Mei 2025, selaras dengan keputusan yang telah dipersetujui oleh MPP.
Iklan
"JPP komited untuk memastikan keseluruhan proses pemilihan peringkat pusat dapat dijalankan secara telus, tersusun dan lancar,” katanya menerusi laman Facebook pada Sabtu.
Untuk makluman, penamaan calon peringkat pusat akan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian melalui laman sesawang https://pencalonanpusat.keadilanrakyat.org.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>