ISLAMABAD - Pakistan pada Sabtu berjaya melaksanakan ujian pelancaran latihan"Abdali Weapon System” dari permukaan ke permukaan, menurut kenyataan tentera yang dipetik agensi berita Xinhua.
Pelancaran itu yang diadakan sebagai sebahagian daripada latihan ketenteraan"Ex INDUS" bertujuan memastikan kesiapsiagaan operasi angkatan strategik Pakistan serta mengesahkan parameter teknikal utama, termasuk sistem navigasi canggih dan keupayaan manuver yang dipertingkat, menurut Perhubungan Awam Antara Perkhidmatan (ISPR), sayap media tentera.