NANJING - Seorang maut manakala empat lagi cedera selepas sebuah helikopter terhempas di bandar Suzhou, wilayah Jiangsu di timur China, menurut pihak berkuasa tempatan pada Sabtu, lapor agensi berita Xinhua.
Nahas berlaku kira-kira 5 petang waktu tempatan apabila helikopter jenis Robinson R44 II itu jatuh dari ketinggian kira-kira 10 meter ketika dalam penerbangan pulang, menurut biro pengurusan kecemasan tempatan.