BAGAN DATUK - UMNO perlu menjadi dominan semula dengan memenangi kerusi Parlimen terbanyak dalam kalangan parti politik pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, tanda-tanda UMNO boleh mencapai objektif itu terbukti, apabila parti itu memperoleh kemenangan calon mereka dalam siri Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini.