Insiden van sekolah: Exco Johor mahu siasatan menyeluruh
Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung insiden budak lelaki lima tahun maut tertinggal hampir 5 jam dalam van sekolah. Gambar kanan: Aznan
JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor menggesa siasatan menyeluruh dan terperinci dijalankan berhubung insiden tragis melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut selepas dipercayai tertinggal dalam sebuah van sekolah di Taman Bukit Indah, di sini pada Rabu.
Exco Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, sekiranya wujud unsur kelalaian atau kecuaian, tindakan tegas perlu diambil mengikut lunas undang-undang.
Iklan
Iklan
"Pihak kami menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian ini.
"Saya menegaskan agar mana-mana pihak yang terlibat perlu dibawa ke muka pengadilan sekiranya didapati cuai,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Iklan
Beliau turut menzahirkan rasa dukacita mendalam atas pemergian mangsa, Yu Zie serta mengucapkan takziah kepada keluarga kanak-kanak tersebut.
"Semoga mereka diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi saat yang sukar ini,” katanya.
Iklan
Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan memaklumkan, mangsa ditemui tidak sedarkan diri di dalam van sekolah kira-kira jam 12 tengah hari selepas hampir lima jam terperangkap.
Menurutnya, kanak-kanak itu menaiki van dari rumah keluarganya dan tiba di hadapan tadika kira-kira jam 7.30 pagi, namun dipercayai tertinggal di dalam kenderaan berkenaan selepas pemandu menurunkan pelajar lain.
"Mangsa hanya disedari tidak sedarkan diri sekitar jam 12 tengah hari sebelum dikejarkan ke sebuah hospital swasta, namun disahkan meninggal dunia,” katanya.
Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk proses bedah siasat.
Tambahnya, susulan kejadian, polis telah menahan pemandu van berusia 56 tahun di kawasan Taman Bukit Indah pada jam 2.40 petang dan kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.