Pinjam seratus pun liat nak bayar, apa lagi RM1.5 juta

Iklan
Hutang bukan soal kecil atau besar. Ia soal amanah. Sama ada kita pinjam RM100 atau RM1.5 juta sekalipun, ia tetap perlu dilunas. Foto hiasan

DALAM hidup ini, meminjam duit dengan kawan memang tak salah. Tapi bila liat membayar, itulah yang jadi racun dalam persahabatan.

Lebih menyakitkan bila yang meminjam itu kawan rapat, bukan orang lain. Kita bantu waktu dia tersepit. Tapi bila tiba masa membayar, kita pula dibuat seperti musuh.

Iklan
Iklan

Mula-mula janji nak bayar hujung bulan. Lepas tu diam. Bila ditanya, katanya"nanti-nantilah, aku tengah sesak”.

Tapi peliknya, di media sosial elok saja dia bergambar makan bufet hotel, keluar bercuti, beli barang baharu. Kita yang bagi pinjam duit ini pula, terkebil-kebil tunggu tanpa kepastian.

Iklan

Masalah hutang bukan cuma berlaku antara rakyat marhaen. Orang kaya pun ada yang berhutang, meminjam. Bukan seratus dua, tapi sampai berjuta.

Lihat sahaja kes tular melibatkan sebuah keluarga individu popular baru-baru ini yang didakwa berkait pinjaman RM1.5 juta! Rakyat marhean cara rakyat marhean, orang kaya cara orang kaya.

Iklan

Isu berhutang dan meminjam memang masalah satu dunia tak kira status. Berhutang itu perkara biasa, tapi jadi luar biasa bila tak nak bayar hutang.

Teringat Merak Jalanan dengan kisah seorang rakan, suaminya ada bengkel kereta selalu terkena dengan orang-orang kaya. Bila kereta siap, bagi cek tendang. Sampai sudah tak bayar.

Hutang bukan soal kecil atau besar. Ia soal amanah. Sama ada kita pinjam RM100 atau RM1.5 juta sekalipun, ia tetap perlu dilunas. Kalau tidak mampu bayar hutang, jangan pula berlagak mampu hidup mewah.

Jangan diam, jangan melarikan diri. Kerana lari dari hutang bukan sahaja melukakan hati orang yang menolong, tapi juga merosakkan hubungan yang mungkin sudah lama terjalin.

Kita ini hidup sementara. Jangan biar nilai wang ringgit menentukan nilai diri kita.