Tarif AS: Malaysia disaran perkukuh kerjasama serantau
Iklan
Ikmal Nordin. Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
SHAH ALAM - Malaysia disaran memperkukuh hubungan dengan rakan dagang serantau bagi menghadapi tekanan ekonomi global khususnya kesan daripada tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS).
Bekas Ahli Ekonomi Bank Negara Malaysia (BNM), Ikmal Nordin berkata, langkah menjalin kerjasama dengan negara serantau mampu mengurangkan kebergantungan kepada kuasa besar seperti AS.
Iklan
Iklan
Jelas beliau, sejarah membuktikan bahawa adalah penting untuk mempunyai sekutu dagang yang kukuh ketika berdepan krisis ekonomi dunia.
"Seperti yang berlaku pada tahun 1930, ketika AS menaikkan tarif secara mendadak semasa Kemelesetan Ekonomi Besar (Great Depression), lebih tinggi daripada sekarang.
Iklan
"Reaksi negara lain ketika itu adalah dengan berdagang dan memberi keutamaan kepada negara ‘kawan’ atau ‘koloni’ mereka.
"Jadi, saya rasa perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah mencari ‘kawan baik’. Kita perlu berada dalam ‘kem’ yang betul,” katanya dalam Wacana Sinar edisi ke-478 bertajuk Perang Tarif AS: Apa Kesan Terburuk kepada Rakyat? yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu.
Iklan
Antara panelis lain yang turut terlibat ialah Ahli Parlimen Subang, Wong Chen dan Penganalisis Ekonomi Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF), Profesor Dr Baharom Abdul Hamid.
Dalam pada itu, kata Ikmal, Malaysia perlu belajar daripada sejarah dan mengukuhkan pakatan ekonomi dengan negara jiran, terutamanya di rantau Asia Tenggara.
"Mencari kawan yang baik sangat penting. Kita perlu duduk dan berbincang bersama, terutamanya dengan negara jiran, untuk memikirkan cara berdagang atau mengurangkan tarif serta halangan bukan tarif (non-tariff barrier),” ujarnya.
Namun, Ikmal mengakui bahawa tidak semua halangan bukan tarif boleh dikompromi, sebagai contoh standard pensijilan halal Malaysia.
Katanya, walaupun terdapat rungutan daripada negara luar, pensijilan halal tidak boleh dikompromi demi menjaga kepentingan pengguna tempatan.
"Tidak dinafikan ada sesetengah perkara yang tidak boleh kita kurangkan, seperti standard pensijilan halal Malaysia. AS pernah mengadu bahawa pensijilan halal kita agak ketat.
"Betul... mana boleh ambil lembu yang baru kena renjat datang ke Malaysia dan terus makan. Jadi, itu memang tidak boleh dibuang, perlu ada.
"Kita perlu bersikap munasabah, tetap ketat, tetapi pada masa sama kita fikirkan cara untuk terus berdagang sesama sendiri,” tambah beliau.
Jelas Ikmal, Malaysia dilihat bernasib baik kerana masih mempunyai rakan dagang dalam kalangan negara serantau yang dinamik, khususnya di Asia Tenggara dan Asia secara keseluruhan.
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar (Wisma Putra) kepada Jemaah Menteri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795540/berita/nasional/jerebu-malaysia-tunggu-pengesahan-indonesia-gerakkan-aset-bantuan---fahmi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.