KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu cubaan penipuan membabitkan penggunaan nama dan gambar Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menerusi emel palsu.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Muhammed Hasbullah Ali berkata, emel berkenaan bertajuk"Polis Negara Malaysia” dan dihantar daripada alamat bennett411williams@gmail.com.