KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara kekal tidak berubah, masing-masing pada RM3.18 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 1 hingga 7 Mei ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga tidak berubah iaitu RM2.88 seliter manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada harga RM2.15 seliter.