Nenek awet muda pada usia 53 tahun

Iklan
Winta tampak muda selepas menggayakan pakaian mengikut situasi semasa. Foto Agensi

RIAU – Seorang wanita berusia 53 tahun dari Riau menjadi perhatian warganet selepas penampilannya yang bergaya dan awet muda tular di TikTok, meskipun sudah bergelar nenek kepada seorang cucu, lapor portal Walipop.

Menerusi akaun TikTok miliknya, @winta_waheed, wanita berkenaan, Winta, berkongsi beberapa foto dan video gaya ‘outfit of the day’ (OOTD) yang mencuri perhatian ramai, terutamanya kerana gayanya yang dikatakan persis gadis muda.

Iklan
Iklan

"Walaupun sudah punya cucu tetap berpakaian kemas, semak!” tulisnya dalam satu hantaran di TikTok yang mengundang pelbagai reaksi.

Dalam video tersebut, Winta dilihat mengenakan pelbagai gaya pakaian mengikut acara dan aktiviti harian termasuk makan malam, lepak bersama keluarga dan rakan, menonton wayang, bercuti, berbuka puasa, hingga ke pantai.

Iklan

Penampilannya yang menawan menerima reaksi positif daripada pengguna media sosial, dengan ramai memuji gaya serta wajahnya yang kekal segar walaupun telah mencecah usia lebih separuh abad.

Setakat ini, video tersebut telah ditonton lebih 7 juta kali di TikTok, menunjukkan sambutan hangat daripada warganet.

Iklan

Rata-rata pengguna media sosial menyatakan kekaguman terhadap penampilan Winta, yang dianggap sebagai inspirasi kepada wanita seusianya untuk terus menjaga imej dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Penampilannya juga mencabar stigma bahawa wanita yang sudah berusia dan bergelar nenek tidak boleh tampil bergaya dan moden.

"Saya memang suka bergaya mengikut situasi. Tak kira ke mana saya pergi, saya akan pilih pakaian yang sesuai dan sedap mata memandang,” katanya ketika dihubungi media.

Winta turut berkongsi bahawa gaya hidup sihat dan keyakinan diri yang tinggi adalah antara faktor utama yang membantunya kekal bertenaga dan menawan walaupun usianya kini 53 tahun. - Agensi