Persidangan Anti-Rasuah Asia Tenggara buka empat peluang strategik kepada Malaysia
Iklan
Shamsul Azri
PUTRAJAYA – Persidangan Anti-Rasuah Antarabangsa Asia Tenggara membuka empat peluang strategik kepada negara termasuk bekerjasama membina ekosistem berteraskan integriti melalui pendidikan, penglibatan belia dan perkongsian pelbagai pihak.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, persidangan tersebut juga dapat menonjolkan pelbagai inisiatif penting yang sedang dilaksanakan dalam negara termasuk pengukuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pelan Antirasuah Nasional (NACP) dan pemerkasaan unit integriti di sektor awam serta swasta.
Iklan
Iklan
"Ia juga memberi peluang kepada negara mempelajari amalan terbaik serantau sama ada melalui model tindakan kolektif atau teknologi baharu dalam pengesanan aktiviti rasuah dan pemulihan aset.
"Memberi sumbangan dalam merangka kod amalan serantau berdasarkan prinsip Penyata Jakarta yang disesuaikan dengan konteks ASEAN," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian dalam ucapan penutupan Persidangan Anti-Rasuah Asia Tenggara: Mengimbas Kembali Penyata Jakarta di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini (PICC) pada Selasa.
Turut hadir Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dan Presiden Kesatuan Anti Rasuah Asia Tenggara (Sea Actions), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Iklan
Ujar beliau, usaha membanteras rasuah tidak boleh dilakukan secara bersendirian, sebaliknya memerlukan komitmen pelbagai pihak termasuk masyarakat sivil, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), media, institusi akademik dan belia.
Selain itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada SPRM atas kepimpinan dan usaha gigih menganjurkan persidangan tersebut serta menerajui agenda antirasuah negara.
"Penghargaan juga diberikan kepada rakan strategik seperti Institut Integriti Malaysia (IIM), Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Rasuah Busters, Yayasan Antarabangsa Antirasuah Perdana, Sinar Harian sebagai Rakan Media dan SEA Actions Chapter Indonesia atas kerjasama cemerlang.
"Ingatlah bahawa integriti bukan sekadar slogan. Ia adalah tanggungjawab.
"Ia adalah komitmen harian. Ia adalah legasi yang perlu kita wariskan kepada generasi akan datang," ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution"><meta itemprop="description" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution
Beberapa sekatan atau syarat- syarat yang dinyatakan Lembaga Pengampunan untuk dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjalani baki hukuman penjara enam tahun menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, syarat-syarat itu ada empat petak iaitu sekatan tempat tinggal dan pergaulan, kawalan pergerakan dan lawatan, sekatan penggunaan telefon dan alat telekomunikasi serta kena hadir program pemulihan dan intervensi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804240/berita/nasional/empat-sekatan-dikenakan-terhadap-najib-sepanjang-tahanan-rumah---saifuddin-nasution
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Tahananrumah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:42:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P208S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvpam"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvpam"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvpam"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar"><meta itemprop="description" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian kerajaan untuk tidak memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan didorong pertimbangan politik, sebaliknya bagi memastikan sistem percukaian negara tidak membebankan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan semula GST ketika pendapatan rakyat masih rendah bukan pilihan yang wajar kerana cukai itu bersifat menyeluruh dan berpotensi meningkatkan tekanan kos sara hidup.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804236/berita/nasional/penolakan-gst-bukan-soal-politik-kerajaan-mahu-utamakan-kebajikan-rakyat---anwar
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #GST"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:05:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P187S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvhmu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvhmu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvhmu"></script>