Kes jangkitan HFMD di Johor meningkat
Iklan
Kes HFMD di Johor mencatat peningkatan sebanyak 20.5 peratus dan kekal melebihi paras amaran sejak awal tahun ini. Foto hiasan
JOHOR BAHRU - Laporan trend bagi penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) di Johor melebihi paras berwaspada bagi awal tahun 2025 berbanding 2023 dan 2024.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, Ling Tian Soon berkata, peningkatan itu amat membimbangkan apabila 1,441 kes dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-17, berbanding 1,196 kes pada minggu ke-16.
Iklan
Iklan
"Jumlah tersebut mencatat peningkatan sebanyak 20.5 peratus dan kekal melebihi paras amaran sejak awal tahun ini.
"Daerah Johor Bahru mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 386 kes, diikuti Batu Pahat (254), Kluang (192), Kota Tinggi (140), Tangkak (134), Muar (128), Pontian (94), Segamat (47), Mersing (37) dan Kulai (29),” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Iklan
Menurutnya, sebanyak 83.5 peratus daripada keseluruhan kes melibatkan kanak-kanak berumur antara 0 hingga 6 tahun, manakala selebihnya terdiri daripada umur 7 hingga 12 tahun serta 13 tahun ke atas.
Tambah beliau, sebanyak 14 kluster baharu direkodkan pada minggu lalu menjadikan jumlah keseluruhan 74 kluster HFMD di negeri ini sejak awal tahun.
Iklan
"Kluster yang dilaporkan melibatkan 24 tabika, 19 pra sekolah, 17 taska, 12 tadika, sebuah sekolah rendah dan rumah persendirian.
"Daripada 2,845 individu yang terdedah, sebanyak 360 kes telah dikesan dengan kadar serangan antara 3.9 hingga 42.9 peratus,” katanya.
Bagaimanapun ujarnya, tiada kes jangkitan Enterovirus 71 (EV71) dikesan di Johor setakat ini dan virus yang dikenal pasti adalah daripada jenis Coxsackie A6 serta A16.
Tambah beliau, Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah mengeluarkan dua surat 'alert' pada 11 Mac lalu susulan peningkatan kes dan wabak HFMD di Johor.
"Surat pertama ditujukan kepada semua pengarah hospital dan pegawai kesihatan daerah bagi mempertingkat keprihatinan serta kesedaran dalam kalangan pengusaha dan guru taska, tadika serta prasekolah.
"Surat kedua pula ditujukan kepada semua Pengarah Pendidikan, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Johor bertujuan untuk membantu dalam mengurangkan risiko jangkitan dan penularan kes HFMD di fasiliti masing-masing,” katanya.
Sehubungan itu, Tian Soon menasihatkan semua pengusaha pusat jagaan kanak-kanak agar meningkatkan tahap kebersihan dan kawalan infeksi.
Pada masa sama, beliau turut menggesa supaya sebarang kes penyakit berjangkit dilaporkan segera kepada Pejabat Kesihatan Daerah bagi membolehkan tindakan susulan diambil.
"Langkah seperti mencuci tangan dengan sabun, tidak berkongsi barangan peribadi, membersihkan alat mainan serta menjalankan saringan di pintu pagar perlu diberi keutamaan.
"Kerjasama semua pihak amat penting bagi membendung penularan HFMD di Johor,” katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.