Pil kuda ganti viagra

Iklan
Pil kuda ganti viagra

PASIR MAS - Pengambilan pil kuda sebagai pengganti viagra bagi membangkitkan nafsu dilihat menjadi trend dalam kalangan lelaki di sini bagi merangsang daya seksual mereka.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, maklumat tersebut diperoleh hasil siasatan yang dilakukan oleh pihaknya ketika tangkapan dilakukan ke atas suspek.

Iklan
Iklan

"Mereka mengakui peringkat awalnya bahan itu diambil untuk menambah keinginan nafsu.

"Namun semua itu berubah apabila mereka sudah mula ketagih dengan pil berkenaan seterusnya menjadi penagih," katanya.

Pil kuda ganti viagra

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar rampasan pil kuda, syabu dan herion di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini hari ini.

Abdullah berkata, pada Jumaat dan Sabtu lalu, pihaknya berjaya merampas 1,300 bijil pil kuda, 52 gram syabu dan tiga gram herion dalam dua serbuan berasingan di Kampung Gaung serta Bunut Susu.

Iklan

Katanya, dalam kedua-dua serbuan itu polis berjaya menahan tiga lelaki berusia 27 hingga 37 tahun dipercayai pengedar dadah secara kecil-kecilan di kawasan tersebut.

"Rampasan dadah dalam kedua-dua operasi itu berjumlah RM18,000," katanya.