Di mana Irdina Syifa?

Iklan
Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan Irdina Syifa yang hilang sejak 12 April lalu.

GEORGE TOWN - Polis memohon orang ramai membantu mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak 12 April lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, Irdina Syifa Mohd Khairi, 22, dilihat kali terakhir keluar dari rumahnya di Kondominium Vista, Relau di Bayan Lepas.

Iklan
Iklan

"Wanita berkenaan mempunyai ketinggian 160 sentimeter dan dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak 12 April lalu.

"Polis memohon kerjasama orang awam yang terlihat atau mempunyai maklumat berkaitan wanita berkenaan supaya menghubungi Sarjan Wan Marhani Abdul Raman di talian 019-9337026," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, orang ramai juga boleh menghubungi Balai Polis Sungai Nibong di talian 04-6430222 untuk menyalurkan maklumat.