Letupan pelabuhan Iran: 40 maut, lebih 1,000 cedera

Iklan
Letupan pelabuhan Iran menyebabkan 40 maut dan 1,000 cedera

TEHRAN - Sekurang-kurangnya 40 terbunuh manakala 1,000 lagi dilaporkan cedera dalam letupan di Pelabuhan Shahid Rajaee di selatan Iran.

Letupan tersebut berlaku ketika Iran memulakan pusingan ketiga rundingan nuklear dengan Amerika Syarikat(AS) di Oman, namun setakat ini tiada sebarang petunjuk yang mengaitkan kedua-dua insiden.

Iklan
Iklan

Jurucakap Pertubuhan Pengurusan Krisis Iran, Hossein Zafari berkata, letupan dipercayai berpunca daripada penyimpanan bahan kimia dalam kontena di pelabuhan.

Sebuah video yang disahkan oleh BBC menunjukkan kebakaran semakin marak sebelum berlaku letupan besar, diikuti orang ramai melarikan diri dari tempat kejadian serta mangsa cedera terbaring di jalanan.

Iklan

Rakaman dari udara menunjukkan sekurang-kurangnya tiga kawasan terbakar dan Menteri Dalam Negeri Iran kemudiannya mengesahkan api merebak dari satu kontena ke kontena lain.

Sekolah dan pejabat berhampiran kawasan tersebut juga telah diarahkan tutup pada Ahad.

Iklan

Sebuah firma perunding risiko maritim swasta mempercayai bahawa kontena yang terlibat mengandungi bahan api pepejal untuk peluru berpandu balistik.

Menurut Ambrey Intelligence, kebakaran itu berpunca daripada pengendalian tidak sempurna terhadap penghantaran bahan api pepejal yang bertujuan untuk kegunaan peluru berpandu balistik Iran.

Ambrey turut memaklumkan, pihaknya mengetahui sebuah kapal berdaftar Iran telah memunggah penghantaran bahan api roket sodium perchlorate di pelabuhan itu pada Mac 2025.

Sebelum ini, akhbar Financial Times melaporkan dua kapal telah menghantar bahan api dari China ke Iran.

Media negara memetik saksi berkata, letupan berlaku selepas kebakaran merebak ke kontena tidak dilabel 'bahan mudah terbakar'.

Pelabuhan Shahid Rajaee merupakan terminal terbesar di Iran, terletak di Selat Hormuz iaitu laluan utama penghantaran minyak dengan kira-kira 20 kilometer (km) ke barat Bandar Abbas menempatkan pangkalan utama Tentera Laut Iran. - Agensi