NIBONG TEBAL - Polis sedang mengesan dua lelaki Myanmar untuk menjadi saksi penting perbicaraan kes bunuh di Mahkamah Butterworth, pada 5 hingga 7 Mei depan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Deputi Superintenden Mohd Norazmi Abd Ghapar dalam kenyataan berkata, mereka ialah Than Htut Aung, 48, dan Than Htut, 47, masing-masing memiliki pasport bernombor MC970548 dan MC871691.