KEMAMAN - Meskipun terpaksa belajar dalam keadaan meniarap akibat masalah kaki dan tulang pinggul sejak lahir, seorang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, di sini membuktikan usaha dan keazaman tinggi membolehkannya cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.
Wan Afiqah Maisarah Mohd Shafie, 18, anak kelima daripada enam beradik diuji dengan keadaan fizikal yang menyukarkan pergerakan dan tidak mampu duduk dalam tempoh lama, namun tetap berjaya memperoleh 9A dalam peperiksaan itu.

Wan Noor Aliza (kiri) bersama anaknya, Wan Afiqah Maisarah selepas menerima keputusan SPM pada Khamis.