Empat pelatih mekanik maut kereta rempuh pintu air

Iklan
Gambar hiasan.
TOKYO - Empat pelatih mekanik automotif maut selepas kereta mereka merempuh pintu air sungai di tengah Jepun pada Khamis, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Sekitar 12:35 tengah hari waktu tempatan, kenderaan itu yang dipandu Ryosei Ikeda, 20, terbabas dari jalan di Sungai Tenryu di Iida, Wilayah Nagano, mengorbankan keempat-empat individu di dalam kereta itu, lapor Kyodo News.

Menurut Hirokazu Aizawa, pengetua Sekolah Latihan Vokasional Iida, yang empat lelaki itu didaftarkan, mereka menghadiri kelas pada waktu pagi dan kemalangan itu berlaku semasa rehat tengah hari.

Seorang pekerja kejururawatan berusia 40-an yang tinggal berdekatan berkata,"Saya memandu ke sana dengan berhati-hati kerana terdapat titik buta," menurut laporan itu.

Polis sedang menyiasat kemalangan itu.- Bernama