UiTM Lions bidik final Liga MSNS-KRS
Iklan
Pasukan ragbi UiTM Lions yang mengambil bahagian dalam saingan Liga MSNS-KRS 2025.
PASUKAN ragbi UiTM Lions meletakkan sasaran tinggi untuk mara ke perlawanan akhir Liga Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS)-Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) 2025 selepas menamatkan saingan di kedudukan ketiga pada edisi lalu.
Ketua jurulatih UiTM Lions, Zamri Abd Kahar berkata, sasaran itu merupakan penanda aras utama (KPI) bagi mencerminkan peningkatan berterusan prestasi pasukan hasil persiapan rapi yang dijalankan sejak awal tahun ini.
Iklan
Iklan
"Seramai 35 pemain telah dipilih untuk menyertai skuad musim ini, yang majoritinya terdiri daripada pelajar UiTM Shah Alam, selain turut disertai oleh dua pemain berbakat dari UiTM Cawangan Pahang.
"Kami menampilkan keseimbangan antara pemain senior dan junior, sekali gus membolehkan kami menerapkan pelbagai teknik serta taktikal permainan yang lebih berkesan.
Iklan
"Saya yakin dengan kekuatan yang ada, UiTM Lions mampu mendominasi perlawanan menentang lawan,” katanya.
UiTM Lions dijadual membuka kempen musim ini menentang ARC Knight di Padang Utara, Petaling Jaya pada 27 April ini.
Iklan
Menurut Zamri, komposisi semasa pasukan yang merangkumi 60 peratus pemain berpengalaman memberi kelebihan dari segi kepimpinan dan ketenangan di atas padang.
"Gabungan pengalaman dan semangat muda ini diharap mampu melonjakkan prestasi keseluruhan pasukan pada musim ini,” tambah beliau.
UiTM Lions yang menjalani latihan individu secara konsisten sejak awal tahun kini giat menjalani latihan berpusat selepas semester baharu bermula tiga minggu lalu.
Dalam perkembangan lain, pasukan turut menerima suntikan semangat apabila syarikat SI Clothing dan Koalamir tampil selaku penaja, menyumbangkan jersi dan t-shirt latihan untuk kegunaan pasukan yang bakal bersaing dalam Divisyen Satu musim ini.
INFO LIGA MSNS-KRS 2025
(26 April - 5 Julai)
Venue: di Padang Astaka, Petaling Jaya
Perlawanan akhir pusingan kedua
(12 dan 13 Julai)
Venue: Stadium Sultan Suleiman, Klang.
DIVISYEN SATU
KL Tigers RFC
UiTM Lions
RMAF Blackhawks
Cobra
RSC K9s
ARC Knight
DIVISYEN DUA
SMS Old Boys
Rhinoz Warriors
Cobra Stings
KL Tigers RFC
DIVISYEN WANITA
Cobra Venom
ATM
Sarawak RFC
UPNM Barbarians
KL Tigers RFC
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>