Prestasi suku pertama 27 KSU dibentang bulan depan
Iklan
SHAMSUL AZRI
SEPANG – Seramai 27 Ketua Setiausaha (KSU) kementerian kini sedang dinilai di bawah pelaksanaan penuh Sistem Penilaian Prestasi Demerit (DEEP) yang diperkenalkan kerajaan bagi mempertingkat tahap kecekapan, integriti dan akauntabiliti kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, laporan prestasi suku pertama bagi kesemua KSU yang terlibat dijangka dibentangkan kepada beliau pada awal Mei ini, sekali gus menjadikan antara pelaporan prestasi berskala besar pertama melibatkan penilaian menyeluruh yang merangkumi dimensi kewangan, program, kepimpinan dan maklum balas dalaman.
Iklan
Iklan
"DEEP telah melalui fasa rintis membabitkan 13 KSU pada 2024 dan bermula tahun ini ia dilaksanakan secara menyeluruh. Saya akan menilai sendiri laporan suku pertama prestasi mereka tidak lama lagi,” katanya ketika berucap pada Sesi Meja Bulat Bersama Ketua Setiausaha Negara Berhubung Agenda Nasional Tadbir Urus Baik di sebuah hotel di sini pada Khamis.
Menurut beliau, sistem DEEP bukan sekadar penilaian konvensional, sebaliknya merupakan mekanisme kawalan strategik berasaskan data yang menggabungkan pendekatan penilaian berkala bulanan, suku tahunan dan separuh tahun serta menampilkan elemen remerit untuk mengiktiraf peningkatan prestasi.
Iklan
"Tiga dimensi utama penilaian dalam DEEP merangkumi aspek generik (75 peratus), fungsi kementerian (15 peratus) dan maklum balas kakitangan melalui tinjauan dalaman (10 peratus). Ia memberi gambaran menyeluruh terhadap tahap kecekapan dan keberkesanan kepimpinan sesebuah kementerian,” ujarnya.
Antara indikator utama dalam Dimensi Generik termasuk keberkesanan perbelanjaan operasi dan pembangunan, status pelaksanaan projek sebelum bermula (pre-implementation), kelewatan projek serta rekod salah laku.
Iklan
Bagi Dimensi Fungsional, tumpuan diberikan kepada penilaian tiga program berimpak tinggi di setiap kementerian, manakala Dimensi Tinjauan pula menilai kepuasan dan persepsi warga kerja terhadap kepimpinan tertinggi kementerian.
Tambah beliau, DEEP merupakan salah satu pemacu utama dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) dan menyokong pencapaian lima Teras Keberhasilan Reformasi (TKR) dalam usaha menjadikan penyampaian perkhidmatan awam lebih cekap, telus dan berfokuskan hasil.
"Ini bukan soal menakutkan pegawai tertinggi tetapi memastikan kita semua accountable terhadap amanah rakyat. Penilaian mesti berpaksikan prestasi sebenar, bukan hanya persepsi,” tegasnya
Beliau turut menyatakan bahawa pendekatan DEEP berpotensi dijadikan model penilaian strategik untuk jawatan-jawatan utama kerajaan lain, termasuk ketua pengarah agensi, pegawai daerah, dan pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT), sebagai langkah meluaskan budaya prestasi tinggi dalam sektor awam.
Kerajaan Selangor mengambil langkah awal untuk menamatkan sepenuhnya kaedah penternakan babi secara tradisional di Tanjung Sepat, Kuala Langat yang terbukti mencetuskan pencemaran, sebelum beralih kepada konsep penternakan moden yang diusahakan oleh pihak swasta.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pendekatan itu selari dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu isu pencemaran akibat aktiviti penternakan di Tanjung Sepat, Kuala Langat ditangani segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763821/edisi/selangor-kl/selangor-tutup-kaedah-penternakan-babi-tradisional-cemar-sungai-alam-sekitar---amirudin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com