'Bella’, tujuh lelaki belasah pemuda dituduh esok

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu.

JOHOR BAHRU – Tujuh lelaki dan seorang wanita dikenali sebagai ‘Bella’ yang tular dipercayai terbabit kes pukul seorang pemuda akan dituduh di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kesemua suspek berusia antara 19 hingga 26 tahun itu sebelum ini ditahan reman bagi membantu siasatan kes tersebut.

Iklan
Iklan

"Pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 342, Seksyen 385 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

"Kesemua Orang Kena Tahan (OKT) akan dihadapkan ke mahkamah esok pagi (Jumaat),” katanya ketika dihubungi.

Iklan

Pada Selasa media melaporkan, polis menahan tujuh lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kes seorang pemuda dipukul sekumpulan individu di sebuah pangsapuri di Plentong Baru di sini pada Jumaat lalu.

Tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa berusia 21 tahun pada Sabtu.

Iklan