Cikgu mengadu tiada dewan sekolah kepada Sultan Pahang
Iklan
Gambar yang memaparkan guru di SK Bukit Bota dan Al-Sultan Abdullah bersama kad kotak. Foto FB Kesultanan Pahang
KUANTAN - Ketiadaan dewan menyebabkan guru Sekolah Kebangsaan (SK) di Chenor nekad untuk membuat aduan tersebut terhadap Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Kembara Pahang 1.0.
Dalam hantaran yang dimuat naik di Facebook, Kesultanan Pahang pada Khamis memaparkan ayat 'Daulat Tuanku, SK Bukit Bota nak dewan. Kami tiada dewan' pada sebuah kad kotak.
Iklan
Iklan
"Guru-guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Bota tidak melepaskan peluang menyampaikan aduan kepada Sultan Pahang berkenaan ketiadaan dewan di sekolah mereka yang turut menjadi satu keperluan penting.
"Paduka Baginda berharap pihak berkaitan iaitu Kementerian Pendidikan dapat mengusahakan permohonan tersebut,” tulisnya.
Iklan
Kembara yang bermula sejak Isnin dan berakhir pada Rabu menyaksikan empat daerah iaitu bermula di Maran, Temerloh, Bera dan berakhir di Pekan dengan jarak sejauh 428 kilometer.
Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan berangkat bercemar duli menyertai program kembara tersebut.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Karnival Pesona Wanita DUN Dong hargai pengorbanan golongan wanita"><meta itemprop="description" content="Pengorbanan dan khidmat bakti wanita dalam menguruskan keluarga dan melaksanakan tanggungjawab harian diraikan menerusi penganjuran Karnival Pesona Wanita DUN Dong 2026 yang menghimpunkan hampir 700 peserta, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.
Exco Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Datuk Fadzli Mohamad Kamal berkata, karnival tersebut diadakan sebagai penghargaan kepada golongan wanita yang banyak menyumbang tenaga dan masa dalam pelbagai aspek kehidupan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806576/edisi/pahang/karnival-pesona-wanita-dun-dong-hargai-pengorbanan-golongan-wanita
Muzik: Michael Briguglio Fly Away dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #KarnivalPesonaWanitaDUNDong #Wanita"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T06:02:10.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P149S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xx8y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xx8y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xx8y"></script>