KUALA NERUS - Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim Fikri di sini mencuri tumpuan apabila menjadi pelajar pertama sekolah itu mendapat keputusan 9A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.
Amirul Bukhari Aminuddin, 18, yang berasal dari Kampung Telaga Daing berkata, dia tidak menyangka menjadi pelajar pertama mencipta rekod dengan memperoleh A+ bagi semua subjek diambil dalam peperiksaan itu.
Menurutnya, kejayaannya itu adalah hasil disiplin tinggi, kesungguhan, berkat kesabaran serta doa ibu bapa dan guru.

Amirul Bukhari (tengah) menunjukkan keputusan 9A yang diperoleh ketika ditemui di SMK Ibrahim Fikri, Kuala Nerus.