Op Birth: Wanita palsu kelahiran bayi, dijel sehari dan denda RM10,000

Iklan
Yee Lin (kiri) dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu, bagi menghadapi satu pertuduhan berkaitan Op Birth.

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang wanita mengemukakan maklumat palsu berhubung pengesahan kelahiran bayi, mengundang padah apabila dia dihukum penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.

Wong Yee Lin dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Azura Alwi.

Iklan
Iklan

Mahkamah memerintahkannya dipenjara selama lima bulan, sekiranya gagal membayar denda terbabit.

Mengikut pertuduhan, wanita yang tidak bekerja itu didakwa mengemukakan Borang Daftar Kelahiran yang mengandungi butir matan palsu berkenaan pengesahan kelahiran bayi oleh sebuah hospital kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Iklan

Perbuatan didakwa dilakukan bagi mendapatkan sijil kelahiran sedangkan tiada rekod kelahiran bayi tersebut di hospital terbabitantara 2015 hingga 2023.

Dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Irna Julieza Maaras sementara tertuduh tidak diwakili peguam.