35 rumah terjejas, kolam tadahan pecah

Iklan
Anggota Bomba dan Penyelamat sedang memantau di lokasi banjir.

KUALA SELANGOR - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 35 buah rumah terjejas susulan benteng takungan air di Taman Seri Alam, di sini, pecah sehingga menyebabkan banjir, pada Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 7.26 pagi.

Iklan
Iklan

"Seramai lima anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 25 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Wan Md Razali berkata, setibanya di lokasi mendapati 35 buah rumah telah dinaiki air pada bahagian belakang dengan anggaran kedalaman 0.06 meter.

Iklan

"Kita mendapati benteng takungan air telah pecah sehingga mengakibatkan berlaku limpahan air di atas jalan.

Banjir semakin surut dan tiada permindahan mangsa dilakukan," ujarnya.

Iklan

Pada 29 Disember lalu, Sinar Harian melaporkan benteng takungan air di kawasan itu pecah sehingga mengakibatkan air melimpah ke seluruh perumahan terbabit.

Terdahulu, tular di aplikasi WhatsApp video memaparkan kejadian banjir di Taman Seri Alam.