Malaysia tidak gentar cabaran Thailand
Iklan
Mohammad Syahir Rosdi dijangka disenaraikan dalam skuad negara bagi menghadapi kempen Piala Asia 2025.
SKUAD sepak takraw negara sedia menyahut cabaran untuk mara ke pentas final dalam kesemua empat acara pada kejohanan Piala Asia 2025 di laman sendiri Mei depan.
Ketua jurulatihnya, Ahmad Jais Baharun akan mempertaruhkan 15 pemain terbaik negara bagi menterjemahkan impian tersebut.
Iklan
Iklan
"Kami giat membuat persiapan untuk memantapkan pasukan dan Insya-ALLAH pasukan akan memberikan yang terbaik untuk saingan kali ini," katanya.
Sebanyak empat acara dipertandingkan melibatkan regu, berpasukan, double dan kuadran pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 10 hingga 18 Mei ini.
Iklan
Cabaran tersebut dibuat Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan yang menyifatkan ia sebagai realistik.
Di sebalik persediaan rapi tersebut, Ahmad Jais sedar cabaran lebih sengit bakal dihadapi para pemainnya.
Iklan
Katanya, tugas berat menanti dalam acara regu dan double iaitu kategori yang menyaksikan Malaysia dinobatkan selaku juara ketika menjadi tuan rumah Piala Dunia tahun lalu.
"Secara peribadi saya melihat undian kali ini agak seimbang, namun cabaran besar tetap menanti skuad negara. Ia lebih besar berbanding Piala Dunia tahun lalu," katanya.
Mengulas mengenai musuh tradisi Thailand, Ahmad Jais berkata, pemain sudah mempertingkatkan kemampuan mereka selepas meraih pengalaman berharga pada Piala Dunia di Bihar, India Mac lepas.
"Skuad begitu bersemangat dan persiapan berjalan lancar. Saya yakin pemain mampu memberikan cabaran sengit bukan sahaja kepada Thailand, tetapi mana-mana pasukan hebat lain," katanya.
Pada Piala Asia kali ini, skuad kuadran negara diundi dalam Kumpulan B bersama Filipina, Jepun dan China, manakala Kumpulan A terdiri daripada Vietnam, Singapura, Korea dan Pakistan.
Bagi acara double pula, Malaysia bakal disaing sengit juara dunia 2025, Thailand, selain Taiwan dan Nepal dalam Kumpulan B, sementara Kumpulan A disertai Indonesia, India dan Brunei.
Acara tumpuan iaitu regu pula menampilkan saingan Malaysia dalam Kumpulan D bersama Filipina, Nepal dan Singapura.
Menanti skuad negara bagi kategori regu berpasukan dalam Kumpulan B ialah Korea Selatan, Brunei dan Jepun.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>