Shimano Surfcasting Challenge tawar hadiah lebih RM90,000

Iklan
Shimano Surfcasting Challenge 2025 pertama kali akan diadakan di Pantai Tambak Pontian Ahad ini. Gambar kecil: Muniri

PONTIAN - Hadiah wang tunai RM42,000 dan barangan Shimano bernilai lebih RM50,000 menanti pemancing dalam pertandingan memancing Shimano Surfcasting Challenge 2025 di Pantai Tambak Pontian di sini pada Ahad ini.

Timbalan Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Pontian (MPPn), Muniri Arsad berkata, pertandingan anjuran bersama Joran Unggul Event Management, Shimano Pte Ltd Singapore, OFT Pancing Sdn Bhd dan Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Pontia itu akan berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Iklan
Iklan

Menurutnya, juara akan membawa pulang wang tunai RM20,000, naib juara RM4,000 dan tempat ketiga akan menerima RM2,000.

"Pemenang keempat hingga ke-10 menerima RM500, ke-11 hingga 20 membawa pulang RM300, manakala ke 21 hingga 80 masing-masing menerima RM200,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Meniri berkata, beliau menyokong penuh acara yang pertama kali diadakan di Tambak Pontian itu.

"Bagi pihak kelab, kami menyokong penuh kerjasama ini dan akan memastikan perjalanan acara ini berjalan lancar. Acara ini sekali gus dapat membantu menaikkan nama Pontian dan membantu peniaga di sini,’’ katanya.

Iklan

Shimano Surfcasting Challenge yang telah diadakan sejak lebih tujuh tahun lalu.

Bagi acara kali ini, Shimano Pte Ltd dan Oft Pancing, menyediakan 85 barangan Shimano bernilai lebih RM51,000 antaranya Shimano Stella, Twin Power, Aero Tech, Ultegra dan joran Aerocast Surf untuk dihadiahkan kepada pemancing menerusi cabutan bertuah.

Seiring dengan acara tersebut, pihak Shimano Pte Ltd juga akan menganjurkan Shimano Open House iaitu pameran pebagai peralatan memancing terkini yang akan diadakan pada 26 April di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru bermula jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang.