Lelaki ditahan bawa 5,000 anak pokok merbau seludup

Iklan
Batalion 7 PGA Kuantan menahan seorang lelaki dan merampas 5,000 anak pokok merbau seludup di hadapan sebuah sekolah di Tok Deh, Rantau Panjang pada Ahad. Foto PGA

RANTAU PANJANG - Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan menahan seorang lelaki dan merampas 5,000 anak pokok merbau seludup di hadapan sebuah sekolah di Tok Deh di sini pada Ahad.

Rampasan bernilai RM550,000 termasuk lori itu dilakukan menerusi Op Taring Wawasan pada jam 8.30 malam.

Iklan
Iklan

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan telah menjumpai 5,000 anak pokok merbau di dalam lori tersebut.

"Kita mengesyaki pokok itu mempunyai serangga perosak dan penyakit. Semasa ditahan lelaki berusia 42 tahun itu gagal menunjukkan sebarang dokumen berkaitan tanaman tersebut," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Iklan

Menurut beliau, pokok tersebut dipercayai diseludup dari Thailand.

Katanya, kes disiasat bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5.

Iklan

Nik Ros Azhan memberitahu, suspek dan barangan rampasan diserahkan kepada Jabatan Pertanian Negeri Kelantan untuk tindakan selanjutnya.

"PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi memastikan tanaman di Malaysia bebas dari serangga perosak dan penyakit," katanya.