PETALING JAYA – Perlindungan terhadap hak cipta karya muzik di Malaysia masih berada pada tahap sederhana apabila jumlah pendaftaran secara rasmi masih rendah berbanding jenis karya lain seperti sastera dan filem.
Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin berkata, situasi itu sekali gus boleh membuka ruang kepada isu pelanggaran hak cipta tanpa disedari atas kurangnya pendidikan tentang perlindungan terhadap hak cipta.
Menurutnya, hanya 786 karya muzik telah didaftarkan di bawah sistem Pemberitahuan Sukarela Hak Cipta (CVN) sejak ia diperkenalkan pada tahun 2012 sehingga Februari 2025.
"Sebagai perbandingan, pada tahun 2024 sahaja, MyIPO menerima 7,382 permohonan bagi karya sastera, berbanding hanya 95 permohonan untuk karya muzik dalam tempoh sama.
"Ini menunjukkan penggiat seni muzik masih belum memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk mendaftarkan karya mereka secara sah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Menara MyIPO, di sini baru-baru ini.
Disebabkan itu katanya, sambutan Hari Harta Intelek Negara (HHIN) 2025 mengangkat tema ‘Muzik Kita, Milik Kita’ dengan objektif memperkukuh kesedaran awam mengenai peranan hak cipta dalam melindungi karya muzik tempatan, selain mengiktiraf sumbangan besar pencipta, penyanyi dan pemuzik dalam industri kreatif.
Ia juga selaras dengan tema sambutan World IP Day 2025 di peringkat global, iaitu IP & Music: Feel the Beat of IP, yang menekankan muzik sebagai ekspresi budaya yang bernilai dan wajar dipelihara daripada pelanggaran hak cipta.
Tambah Kamal, dalam usaha mempercepat dan memudahkan proses pendaftaran hak cipta, MyIPO telah melancarkan inisiatif baharu dinamakan CR2U (Copyright To You) pada tahun 2023, yang membolehkan pemohon memperoleh notis dan sijil pemberitahuan hak cipta dalam tempoh sekitar 30 minit sahaja.
Jelasnya, sebelum ini, proses Pemberitahuan Sukarela Hak Cipta (CVN) mengambil masa antara tiga hingga enam bulan namun dengan CR2U, pemohon hanya perlu hadir ke pejabat MyIPO dan menyediakan maklumat asas seperti nama pencipta dan pemilik, tajuk karya salinan karya yang ingin dilindungi serta dokumen sokongan.
"Ini memberikan satu kelebihan dalam bentuk perekodan yang sah di sisi undang-undang, yang boleh digunakan sebagai instrumen pembuktian prima facie sekiranya berlaku pelanggaran hak cipta,” katanya.