Dua sekolah terjejas banjir di Johor mulakan sesi fizikal esok
Iklan
SK Maju Jaya di Seelong antara yang terjejas akibat banjir.
JOHOR BAHRU – Dua sekolah yang sebelum ini ditutup akibat banjir di negeri ini pada hujung bulan lalu, akan memulakan sesi pembelajaran secara fizikal bermula Isnin.
Exco Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kangkar Tebrau dan SK Maju Jaya di Seelong.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, selepas banjir surut, pihak berkuasa mendapati kedua-dua sekolah mengalami kerosakan teruk sehingga memaksa guru dan murid menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama lebih dua minggu.
"Sekarang banjir sudah pulih di kawasan Johor Bahru, manakala banjir kini berlaku pula di kawasan Segamat.
Iklan
"Justeru, sekolah-sekolah yang sebelum ini terjejas akan kembali menjalankan pembelajaran secara bersemuka bermula esok,” katanya di Tanjung Surat, Bukit Pelali, di sini pada Ahad.
Pada 21 Mac lalu, tujuh sekolah di Johor Bahru, Kota Tinggi dan Pasir Gudang dilaporkan ditutup akibat terjejas banjir.
Iklan
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, 47 sekolah dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan daerah Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kota Tinggi, Kluang dan Pasir Gudang.
Banjir yang melanda negeri ini pada 19 Mac lalu disifatkan penduduk terjejas sebagai antara yang terburuk pernah berlaku selepas bencana banjir besar pada 2006, 19 tahun lalu.
Bencana itu melibatkan beberapa daerah di Johor termasuk Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kluang, Kota Tinggi dan Batu Pahat.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>